Ceramah Pengurusan Stres Di Tempat Kerja
Tarikh : 7 Februari 2024
Jam : 2.30 petang
Bertepatan dengan Program K.A.S.I.H yang sedang dilaksanakan oleh PPKT, satu program di bawah teras kedua, iaitu Aspirasi telah disusun oleh jawatankuasa K.A.S.I.H untuk staf PPKT.Program juga menyokong "Sustainable Development Goals" (SDG) ke 3 iaitu "SDG3: Good Health and Well-Being".
Program ceramah yang bertajuk “Pengurusan Stres Di Tempat Kerja” yang disampaikan oleh Puan Norazlinda binti Muda, Pegawai Psikologi Kanan dari Unit Perhubungan Staf, Bahagian Sumber Manusia, USM. Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan staf PPKT. Ceramah dimulakan dengan pengenalan kepada stres dan jenis-jenis stres. Seterusnya, satu ujian stres telah dibuat dimana peserta diminta menjawab 20 soalan berkaitan dengan stres dan hasil keputusan dapat menentukan jenis personaliti individu tersebut. Seterusnya penceramah memberikan tip dan teknik bagi mengatasi stres di tempat kerja.
Program tamat pada jam 4.00 petang. Diharap program seperti ini dapat membantu staf PPKT dalam menguruskan stres di tempat kerja.
Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)
Gambar & Video : Mifzal & Aiman (Pelajar Praktikal)
Gambar
Video
Program Jom Hiking Bukit Bendera - Kelab PPKT
Tarikh : 27 Januari 2024
Hari : Sabtu
Sebuah program aktiviti sihat di bawah inisiatif Kelab PPKT, "Jom Hiking Bukit Bendera" telah dijalankan. Seramai lebih kurang 20 peserta yang terdiri daripada staf PPKT berserta ahli keluarga dan rakan-rakan telah menyertai program ini.
Program bermula pada jam 7.30 pagi, di mana para peserta berkumpul di hadapan "Lower Station" Bukit Bendera. Kemudian peserta diberikan bekalan makanan dan minuman yang disediakan oleh Kelab PPKT. Taklimat ringkas dan sesi pemanasan badan dijalankan dan para peserta mula membuat pendakian melalui Laluan Warisan pada jam 8.oo pagi.
Pada kira-kira jam 11.00 pagi, para peserta mulai tiba di puncak Bukit Bendera dan berkumpul di sekitar Dataran Bukit Bendera. Seterusnya aktiviti bergambar secara berkumpulan diadakan dan peserta menjamu selera di Astaka Bukit Bendera sebelum bersurai pada lebih kurang jam 1.00 petang dan para peserta mulai turun ke bawah dengan menaiki keretapi, juga terdapat beberapa peserta yang turun semula mengikut Laluan Warisan.
Program ini diadakan bagi menyokong "Sustainable Development Goals" (SDG) ke 3 iaitu "SDG3: Good Health and Well-Being" dalam memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur.
Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)
Gambar
Senam Seni K.A.S.I.H@PPKT: Siri 1, 2024
Tarikh : 13 Februari 2024 (Selasa)
Jam : 8.30 pagi
Bagi menyokong teras"Sustainable Development Goals" (SDG) ke 3 iaitu "SDG3: Good Health and Well-Being".
Satu Program K.A.S.I.H di bawah teras ketiga, iaitu Sihat telah disusun oleh jawatankuasa K.A.S.I.H untuk staf PPKT.
Program yang diberi nama Senam Seniini adalah sebuah aktiviti senaman yang menggabungkan elemen-elemen tarian tradisional di Malaysia. Aktiviti ini bakal menjadi aktiviti senaman bulanan di PPKT. Senam Seni tersebut telah dijalankan di ruang padang, Foyer Belakang Bangunan Eureka USM dengan tunjuk ajar dari Puan Norazizah Binti Rusli, Artis Budaya dari Dewan Budaya, USM. Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan, lebih kurang 50 peserta mengambil bahagian yang terdiri dari kalangan staf PPKT bersama ahli keluarga, turut memeriahkan program, aktiviti juga disertai oleh En Azmi, bekas staf PPKT juga seorang lg pesara USM.
Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Diharap program seperti ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan Staf PPKT khasnya dan Staf USM amnya. Semoga kita terus mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan masa depan.
Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)
Gambar & Video : Ahmad Benyamin (BSM PPKT), Mifzal & Aiman (Pelajar Praktikal)
Gambar
Video