Skip to main content

Senam Seni K.A.S.I.H@PPKT: Siri 2, 2024

Tarikh : 5 Mac 2024
Jam : 8.30 pagi

Macam-macam gaya. Begitulah boleh dikatakan apabila staf-staf PPKT ber-Senam Seni dengan jurulatih Norazizah Rusli dari Dewan Budaya PPKT pagi ini di perkarangan lobby belakang bangunan Eureka USM.

Aktiviti Senam Seni kali ini merupakan siri yang kedua dianjurkan oleh Jawatan kuasa Program K.A.S.I.H@PPKT. Program disertai hampir 30 peserta yang terdiri daripada staf, pelajar praktikal, anak-anak staf juga Puan Siti Khairon, pesara USM yang merupakan bekas staf pentadbiran PPKT.

Aktiviti Senam Seni siri ketiga akan diadakan selapas hari raya. Diharapkan aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan staf PPKT khasnya dan warga USM amnya.

Laporan & Gambar: Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)

Gambar