Sumbangan Bingkisan K.A.S.I.H Ramadan buat Madrasah Al-Kayyis






PULAU PINANG, 27 Mac 2025 – Sebagai kesinambungan daripada majlis sumbangan pada 26 Mac, satu lagi majlis penyampaian Bingkisan K.A.S.I.H Ramadan telah diadakan di Bilik Seminar Rafflesia, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM).
Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadan dan program Khatam Al-Quran peringkat PPKT yang diketuai oleh wakil dari Madrasah Al-Kayyis, Butterworth. Seusai majlis, sumbangan bingkisan diserahkan kepada pihak madrasah sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka dalam mendidik dan membimbing pelajar dalam ilmu agama.
Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak madrasah dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri serta memberi manfaat kepada warga madrasah.
Laporan & Gambar : Noridzwan Baser