Skip to main content

Program Jom Hiking Bukit Bendera - Kelab PPKT

Tarikh : 27 Januari 2024
Hari : Sabtu

Sebuah program aktiviti sihat di bawah inisiatif Kelab PPKT, "Jom Hiking Bukit Bendera" telah dijalankan. Seramai lebih kurang 20 peserta yang terdiri daripada staf PPKT berserta ahli keluarga dan rakan-rakan telah menyertai program ini.

Program bermula pada jam 7.30 pagi, di mana para peserta berkumpul di hadapan "Lower Station" Bukit Bendera. Kemudian peserta diberikan bekalan makanan dan minuman yang disediakan oleh Kelab PPKT. Taklimat ringkas dan sesi pemanasan badan dijalankan dan para peserta mula membuat pendakian melalui Laluan Warisan pada jam 8.oo pagi.

Pada kira-kira jam 11.00 pagi, para peserta mulai tiba di puncak Bukit Bendera dan berkumpul di sekitar Dataran Bukit Bendera. Seterusnya aktiviti bergambar secara berkumpulan diadakan dan peserta menjamu selera di Astaka Bukit Bendera sebelum bersurai pada lebih kurang jam 1.00 petang dan para peserta mulai turun ke bawah dengan menaiki keretapi, juga terdapat beberapa peserta yang turun semula mengikut Laluan Warisan.

Program ini diadakan bagi menyokong "Sustainable Development Goals" (SDG) ke 3 iaitu "SDG3: Good Health and Well-Being" dalam memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua pada semua peringkat umur.

Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)

Gambar