Skip to main content

Senam Seni K.A.S.I.H@PPKT: Siri 1, 2024

Tarikh : 13 Februari 2024 (Selasa)
Jam : 8.30 pagi

Bagi menyokong teras"Sustainable Development Goals" (SDG) ke 3 iaitu "SDG3: Good Health and Well-Being".
Satu Program K.A.S.I.H di bawah teras ketiga, iaitu Sihat telah disusun oleh jawatankuasa K.A.S.I.H untuk staf PPKT.

Program yang diberi nama Senam Seni ini adalah sebuah aktiviti senaman yang menggabungkan elemen-elemen tarian tradisional di Malaysia. Aktiviti ini bakal menjadi aktiviti senaman bulanan di PPKT. Senam Seni tersebut telah dijalankan di ruang padang, Foyer Belakang Bangunan Eureka USM dengan tunjuk ajar dari Puan Norazizah Binti Rusli, Artis Budaya dari Dewan Budaya, USM. Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan, lebih kurang 50 peserta mengambil bahagian yang terdiri dari kalangan staf PPKT bersama ahli keluarga, turut memeriahkan program, aktiviti juga disertai oleh En Azmi, bekas staf PPKT juga seorang lg pesara USM.

Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Diharap program seperti ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan Staf PPKT khasnya dan Staf USM amnya. Semoga kita terus mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan masa depan.

Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)
Gambar & Video : Ahmad Benyamin (BSM PPKT), Mifzal & Aiman (Pelajar Praktikal)

Gambar

Video