Skip to main content

Gotong-Royong Kelestarian@PPKT

Tarikh : 13 Jun 2024
Jam : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari

Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan program Gotong-Royong Perdana  bersempena dengan Minggu Kelestarian USM 2024. PPKT turut serta melaksanakan satu program Royong-Royong Kelestarian@PPKT pada Khamis, 13 Jun 2024.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan serta mengumpulkan bahan kitar semula di kawasan sekitar pejabat PPKT di Kompleks Eureka serta bangunan D18 & D37.

Kawasan sasaran telah dibahagikan kepada 6 zon utama dan setiap zon diketuai oleh seorang staf PPKT yang berada di zon tersebut.

Program bermula dengan sarapan pagi dan ucapan pembukaan oleh Pengarah PPKT, En. Fadhlul Irham dan Taklimat Gotong Royong Kelestarian@PPKT oleh Dr. Fardzah Sulaiman, Pegawai Kelestarian PPKT. Kemudian staf mula untuk membersihan zon masing-masing sehingga jam 11.30 pagi.

Bagi menaikkan semangat staf, pertandingan kebersihan antara zon juga turut diadakan. Program berakhir pada jam 12.30 dengan majlis penyampaian hadiah dan zon 2 telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama. 

Semoga program seperti ini akan memberikan semangat kepada staf PPKT untuk terus mengamalkan konsep kelestarian dalam persekitaran tempat kerja dan di mana sahaja mereka berada.

Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)
Gambar : MediaKreatif & Sumbangan Staf PPKT
Video : Norizan (Media Kreatif PPKT)

Gambar

Video