Ceramah Pengurusan Stres Di Tempat Kerja
Tarikh : 7 Februari 2024
Jam : 2.30 petang
Bertepatan dengan Program K.A.S.I.H yang sedang dilaksanakan oleh PPKT, satu program di bawah teras kedua, iaitu Aspirasi telah disusun oleh jawatankuasa K.A.S.I.H untuk staf PPKT. Program juga menyokong "Sustainable Development Goals" (SDG) ke 3 iaitu "SDG3: Good Health and Well-Being".
Program ceramah yang bertajuk “Pengurusan Stres Di Tempat Kerja” yang disampaikan oleh Puan Norazlinda binti Muda, Pegawai Psikologi Kanan dari Unit Perhubungan Staf, Bahagian Sumber Manusia, USM. Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan staf PPKT. Ceramah dimulakan dengan pengenalan kepada stres dan jenis-jenis stres. Seterusnya, satu ujian stres telah dibuat dimana peserta diminta menjawab 20 soalan berkaitan dengan stres dan hasil keputusan dapat menentukan jenis personaliti individu tersebut. Seterusnya penceramah memberikan tip dan teknik bagi mengatasi stres di tempat kerja.
Program tamat pada jam 4.00 petang. Diharap program seperti ini dapat membantu staf PPKT dalam menguruskan stres di tempat kerja.
Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)
Gambar & Video : Mifzal & Aiman (Pelajar Praktikal)