K.A.S.I.H@PPKT
Pengenalan

Program K.A.S.I.H PPKT adalah merupakan satu program bersepadu di bawah satu payung dalam pelaksanaan akviti-aktiviti merangkumi lima (teras) utama program. Ianya diwujudkan secara rasmi pada Januari 2024 setelah mendapat kelulusan daripada pihak Pengarah PPKT dan diletakkan di bawah Bahagian Korporat dan Sokongan ICT.
Aktiviti program ini akan digerakkan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik untuk tempoh 2 tahun. Lantikan Jawatankuasa yang pertama adalah bermula daripada 1 Februari 2024 hingga 31 Disember 2025. Pengarah PPKT dan Ketua Bahagian Korporat dan Sokongan ICT secara automatik dilantik sebagai Penasihat dan Pengerusi Jawatankuasa.















































