Majlis Sumbangan Bingkisan K.A.S.I.H@PPKT Ringankan Beban Asnaf






PULAU PINANG, 26 Mac 2025 – K.A.S.I.H@PPKT dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan majlis sumbangan Bingkisan K.A.S.I.H Ramadan kepada golongan asnaf di kariah Sungai Dua.
Bingkisan-bingkisan ini yang berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, susu dan sebagainya adalah sumbangan sepenuhnya daripada staf PPKT
Majlis yang berlangsung di Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM pada jam 10 pagi dimulakan dengan Khatam Al-Quran Perdana yang diketuai oleh Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam USM.
Penyampaian sumbangan Bingkisan K.A.S.I.H Ramadan disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), En. Ahmad Fadhlul Irham serta Timbalan Pengarah, En. Adnan Hamid.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban penerima, terutama dalam membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Laporan: Noridzwan Baser
Gambar: Norizan Abu Bakar