Skip to main content

Program Bubur Lambuk K.A.S.I.H@PPKT Eratkan Silaturahim dan Santuni Masyarakat

PULAU PINANG, 20 Mac 2025 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Program Bubur Lambuk K.A.S.I.H@PPKT di Pusat Islam USM.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan staf PPKT berkumpul di kawasan memasak Masjid Al-Malik Khalid bagi menjalankan persiapan bahan seperti memotong daging, lobak, tomato, daun sup, daun bawang serta mencuci beras. Seterusnya, beberapa kawah bubur lambuk dimasak secara bergotong-royong bersama sukarelawan, staf Pusat Islam, dan petugas masjid.

Pada jam 2.00 petang, bubur yang telah siap dimasak mula diisi ke dalam bekas, sebelum diedarkan kepada seluruh staf PPKT pada jam 3.00 petang. Lebihan bubur turut disumbangkan kepada orang awam melalui Masjid Al-Malik Khalid.

Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan sesama staf PPKT serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan, selari dengan semangat kebersamaan dalam bulan Ramadan.

Laporan : Noridzwan Baser
Gambar : Staf PPKT

Gambar