Seksyen Pembangunan Bakat & Kolaborasi Strategik
Kursus MBOT
Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil initiatif dalam memperkasa kerjaya Teknologi Maklumat ke arah profesionalisme melalui Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Melalui program ini, PPKT berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan Program ICT melalui MBOT yang direkabentuk untuk memenuhi keperluan pasaran teknologis serta Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dengan memanfaatkan kepakaran serta kemahiran teknologis di peringkat kebangsaan.
Pada 17 September 2021, PPKT USM telah menerima pelantikan sebagai Penyedia Latihan Bertauliah (Approved Training Provider (ATP)), Program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development (CPD)), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).
Tahun berikutnya, pada 26 Ogos 2022, USM melalui PPKT telah memeterai memorandum persefahaman bersama MBOT untuk meneruskan kerjasama strategik pembangunan sains dan teknologi bagi melahirkan lebih ramai pakar teknologi.
MoU ini adalah komitmen kedua-dua pihak dalam menjalinkan kerjasama melalui perkongsian dan pertukaran kepakaran, pengetahuan, perkhidmatan dan apa jua bidang yang berkaitan dengan teknologi.
Melalui MoU ini, USM dan MBOT akan melihat kepada peluang-peluang yang boleh diterokai bersama dalam membangunkan industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan direalisasikan dengan optimum demi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir teknologis di Malaysia.
Melalui platform ini, USM bersedia untuk menjadi rakan bertindak dari aspek pengetahuan, kepakaran dan perkhidmatan penyelidikan dan penyertaan aktif dalam projek-projek yang dikenal pasti oleh MBOT.
Program ICT PPKT diklasifikasikan dalam bidang Information & Computing Technology (IT), MBOT dan program ICT pertama yang diiktiraf oleh MBOT adalah Power BI Data Analytic yang dikendalikan oleh Encik Mohd Shahanaz Asree, seorang Pegawai Teknologi Maklumat yang bertauliah. Program ini memenuhi keperluan skop pasaran dalam menganalisa data.
Dari Satu topik yang ditawarkan pada asalnya, kini PPKT USM telah mengembangkan penawaran kepada enam topik sepertimana dalam iklan yang ditawarkan.
Anda boleh menyertai kursus-kursus berikut dengan menghubungi kami seperti yang tertera dalam poster iklan di bawah:
Lain-lain berita berkenaan Kursus MBOT di USM