Seksyen Korporat & Latihan

FAQ

MAKMAL

Adakah PPKT menyediakan perkhidmatan pinjaman atau sewaan makmal komputer kepada jabatan lain dan berapa kadar bayaran yang dikenakan?
Bayaran dikenakan sekiranya pihak tuan juga mengenakan yuran peserta untuk bengkel tersebut, sebaliknya jika tuan menganjurkan bengkel untuk staf USM dan tiada apa2 bayaran dikenakan, maka tempahan makmal adalah percuma. Kadar bayaran sewaan makmal tertakluk pada jenis makmal yang diperlukan.

Bagaimana dengan keperluan ruang makan untuk peserta?
Ruang makan PPKT boleh disediakan atas permintaan dan percuma.

Bagaimana cara untuk memohon?
Boleh terus menghantar surat permohonan tempahan/ sewaan makmal kepada:
Pengarah
PPKT Aras 2 Kompleks Eureka,
USM Pulau Pinang
U/P : Pn. Nor Salwati & Pn. Noor Salwanie (4252)
Untuk keterangan dan maklumat yang lebih jelas berkaitan sewaan makmal, anda boleh terus hubungi UPP di sambungan 4252

LATIHAN

Bagaimanakah caranya untuk staf PPKT mengikuti kursus di luar?
Semua staf PPKT boleh mengikuti kursus di luar dengan syarat :
1. Mempunyai bajet yang mencukupi
2. Kursus yang dipohon adalah berkaitan dengan tugasan beliau
3. Mendapat kebenaran dari Ketua

Maklumat yang lengkap beserta SOP dan borang boleh di dapati di laman web enovate.usm.my atau uppi.enovate.usm.my

Apakah kursus ICT yang dilaksanakan dan bila? 
Tuan/puan boleh mendaftar dan melihat skedul kursus-kursus ICT melalui sistem myCPD di dalam campusonline.usm.my. Terdapat pelbagai tajuk kursus yang disenaraikan mengikut bulan. Anda boleh memohon melalui pilihan tajuk kursus tersebut.

Bagaimanakah permohonan kursus melalui sistem myCPD dilaksanakan?
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :

Login ke campusonline.usm.my dan pilih myCPD
Tuan/puan memilih kursus yang ingin diikuti
Permohonan dihantar kepada penyelia melalui emel secara automatik oleh sistem.
Pengesahan dan Kelulusan dari Penyelia tuan/puan
Permohonan tuan/puan akan kelihatan di dalam sistem
Pihak PPKT akan memilih berdasarkan turutan yang diterima terdahulu
Emel jemputan dan Pengesahan penyertaan secara emel oleh admin PPKT

Berapakah yuran yang dikenakan?
Tiada sebarang yuran dikenakan kepada staf USM

Bolehkah sesuatu PTJ memohon kursus ICT khas?
Pihak UPI PPKT sanggup menerima permintaan atau customized courses dari PTJ dengan syarat :

  • Honororiam, jamuan, salinan modul (jika ada) adalah di bawah Bajet PTJ tersebut
  • Perbincangan secara detail mengenai tajuk-tajuk yang perlu dimasukkan dalam silibas
  • Memberi sedikit tempoh masa untuk persediaan pengajaran atau menyiapkan bahan berdasarkan perbincangan

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024