Seksyen Korporat & Latihan

Objektif dan Skop

Objektif

Seksyen Korporat & Latihan (SKL), Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) berperanan dalam menganjurkan kursus ICT, menyelaras program latihan ICT untuk tujuan pembelajaran & pengajaran bagi meningkatkan kompetensi warga USM. Ianya juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran dan kemahiran ICT bagi tujuan peningkatan profesionalisme warga USM bagi membentuk modal insan yang berkemahiran tinggi dan dominan serta merentasi pelbagai bidang. Selain itu, seksyen ini juga berperanan dalam mencari peluang dan ruang bagi penjanaan kewangan PPKT melalui perkhidmatan serta produk sedia ada (AS-IS) serta meninjau peluang yang boleh meningkatkan penjanaan kaewangan serta penjimatan (TO-BE).

Skop

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pengurusan, penyelarasan perlaksanaan pemantauan, penambahbaikan dan perundingan untuk perkhidmatan pembangunan insan yang holistik dan penjanaan kewangan.

Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk perkhidmatan Pembangunan Insan yang holistik.

1. Latihan
Mengenalpasti keperluan latihan, merancang dan menganjurkan kursus secara dalaman serta menguruskan perihal latihan bagi keperluan Kemahiran Teknikal (Hard Skill) dan Kemahiran Pengurusan (Soft Skill) staf.

  • Perancangan dan perlaksanaan Latihan ICT untuk staf USM dan luar
  • Memberi khidmat-bantuan kepada staf USM perihal perisian ICT (Automasi Pejabat)
  • Merangka keperluan Latihan Staf PPKT
  • Mengenal pasti keperluan dan pembangunan modul latihan ICT
  • Penyelesaian Masalah atau bantuan berkaitan perisian ICT
  • Sila layari : laman web ini


2. Makmal dan Teknikal
Memastikan keperluan makmal dan teknikal di Eureka memenuhi kehendak dan sedia-digunakan. Juga sebagai sumber penjanaan pendapatan PPKT.

  • Memastikan keperluan makmal dan teknikal di Eureka memenuhi kehendak dan sedia-digunakan
  • Tempahan penggunaan Makmal Komputer kepada warga USM
  • Sewaan Makmal Komputer kepada masyarakat luar
  • Memberi bantuan dalam proses agihan komputer kepada staf USM


3. Sokongan kepada E-Pembelajaran
Memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya kepada pihak CDAE dalam menjayakan perlaksanaan E-Learn@USM, Memberi bantuan sokongan dan keperluan teknikal kepada aktiviti Elearning@USM; (Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik, CDAE)

 

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024