Portal Pembelajaran
Seksyen Pembelajaran Digital
Portal Pembelajaran
E-pembelajaran adalah proses pembelajaran secara dalam talian menggunakan Internet sama ada tidak segerak (asynchronous) atau secara segerak (synchronous). USM telah menggunakan Aplikasi Moodle sebagai platform pembelajaran rasmi sejak tahun 2003.
Antara elemen penting yang diterapkan oleh Moodle adalah interaktiviti dan mesra pengguna. Keberkesanan sesuatu sistem ePembelajaran adalah bergantung kepada tahap interaksi di antara pelajar dan pensyarah.
Platform e-pembelajaran yang berkonsepkan Moodle ini merupakan sistem e- pembelajaran yang konduksif dan interaktif kerana gabungan elemen kuiz, ruang forum, kedatangan (attendance) dan ruang sembang (chat) membantu meningkatkan interaktiviti antara pelajar dan pensyarah