Skip to main content

PPKT TURUT SERTA DALAM PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK, SEMPENA HARI BUMI 2024

Tarikh : 22 April 2024
Lokasi : Sekitar USM

Bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2024, Universiti Sains Malaysia (USM) menyokong inisiatif yang dianjurkan oleh Yayasan Amal TYT dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengambil bahagian dalam Program Penanaman 1 Juta Pokok Peringkat USM yang ditanam secara serentak di seluruh negeri Pulau Pinang pada 22 April 2024.

Sebanyak 8,500 pokok ditanam di ketiga-tiga kampus USM dengan penglibatan seramai 1,000 sukarelawan dalam kalangan staf dan pelajar USM di Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan IPPT Bertam.

Hadir bagi menyokong program ini adalah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed bersama Timbalan-timbalan Naib Canselor USM.

Naib Canselor USM berkata, sebagai sebuah institusi pendidikan yang menyokong amalan kelestarian, program seperti ini telah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 13, Tindakan Iklim dan SDG 15, Kehidupan di Darat.

PPKT juga tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada Program Penanaman 1 Juta Pokok Peringkat USM. Pegawai Kelestarian PPKT, Dr. Fardzah Sulaiman bersama dengan beberapa staf PPKT yang lain telah menyumbang tenaga dalam penananam pokok di kawasan Eco-Hub USM. Walaupun PPKT berada di Aras 2, Bangunan Eureka, namun ianya bukanlah alasan untuk PPKT tidak mengambil bahagian dalam Program Penanaman 1 Juta Pokok Peringkat USM.

Pokok-pokok yang di tanam di kawasan tersebut dapat memberi banyak faedah kepada alam sekitar, antaranya dapat menurunkan suhu persekitaran dan membantu meningkatkan kualiti hidup dalam kampus selain menyerap karbon dioksida (CO2) di persekitaran USM.

Gambar