Program K.A.S.I.H Ramadan - Ceramah Ramadan Yang Dirindui

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, Jawatankuasa K.A.S.I.H Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah menganjurkan Program K.A.S.I.H Ramadan 2025. Program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PPKT dan masyarakat setempat.
AKTIVITI YANG DIRANCANGKAN
-
Ceramah Ramadan
-
Tadarus Al-Quran
-
Bubur Lambuk K.A.S.I.H@PPKT
-
Bakul K.A.S.I.H@PPKT
-
Aktiviti lain yang berkaitan
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Aktiviti yang telah dan sedang dijalankan adalah ceramah Ramadan dan Tadarus Al-Quran.
-
Ceramah Ramadan (4 Mac 2025)
-
Ceramah bertajuk "Ramadan Yang Dirindui" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mohsin Bin Sirun dari Pusat Islam USM. Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman warga PPKT tentang keistimewaan Ramadan serta amalan yang boleh mempertingkatkan ketakwaan sepanjang bulan yang mulia ini.
-
-
Tadarus Al-Quran (Bermula 3 Mac 2025)
-
Aktiviti bacaan Al-Quran secara berkumpulan telah dimulakan pada 3 Mac 2025 dan melibatkan penyertaan staf PPKT.
-
Bagi staf lelaki, sesi tadarus berlangsung di Bilik Aspirasi K.A.S.I.H@PPKT.
-
Bagi staf wanita, sesi tadarus diadakan di surau wanita.
-
Program ini bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dan menggalakkan penghayatan ayat-ayat suci dalam kehidupan seharian.
-
Program K.A.S.I.H Ramadan 2025 yang menekankan aspek keilmuan melalui ceramah dan Tadarus Al-Quran diharap berjaya mencapai objektifnya dalam menyemarakkan semangat Ramadan serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan staf. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi manfaat bersama.
Laporan : Noridzwan Baser