Skip to main content

Ceramah Motivasi K.A.S.I.H@PPKT

Tarikh : 11 September 2024
Jam : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar Rafflesia, PPKT

Sayangi diri atau lebih mudah dikenali dengan self-love adalah satu konsep yang sangat penting dalam kesihatan mental. Ia juga sering dikaitkan dengan belas diri atau self-compassion. Oleh yang demikian,  Jawatankuasa K.A.S.I.H@PPKT telah menganjurkan satu ceramah motivasi berkaitan dengan hal ini kepada staf PPKT pada tarikh seperti ketetapan di atas. Penceramah yang dijemput hadir memberi perkongsian adalah En. Muhammad Firdaus Bin Abu Mansor, Pegawai Psikologi dari Bahagian Sumber Manusia, USM. Program bermula pada jam 9.30 pagi.

Antara intipati perkongsian ceramah beliau adalah berkenaan kepentingan rasa cinta pada diri sendiri, asas, konsep seta cabaran self-love, juga dari sudut pandang Islam dalam hal ini.

Program tamat pada kira-kira jam 10.40 pagi dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh En. Adnan, Pengerusi Program K.A.S.I.H@PPKT kemudian disusuli dengan jamuan makan pagi.  Diharap program seperti ini dapat memberi Inspirasi & Aspirasi kepada staf PPKT dalam membentuk kesejahteraan diri dimana sahaja mereka berada.

Laporan & Gambar : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)

Gambar