Skip to main content

Sambutan Hari Kebangsaan PPKT dan Majlis Ingatan K.A.S.I.H Julai & Ogos

Tarikh : 30 Ogos 2024
Jam : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar Rafflesia, PPKT

Program Majlis Ingatan K.A.S.I.H bagi bulan Julai & Ogos telah diadakan pada tarikh seperti ketetapan di atas. Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan majlis bacaan yassin & tahlil yang di ketuai oleh En Saifulzaman, staf dari Bahagian Infostruktur.

Seterusnya, bersempana dengan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang pada 31 Ogos, sambutan peringkat PPKT telah diadakan dengan nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang oleh staf PPKT. Majlis diteruskan dengan tayangan video hari lahir juga aktiviti memotong kek hari lahir staf bagi bulan Julai & Ogos juga acara bertukar-tukar hadiah oleh semua staf yang menyambut hari lahir pada Julai & Ogos.

Program tamat pada jam 10.40 pagi dengan jamuan makan "potluck" sumbangan sepenuhnya dari staf-staf PPKT.  Diharap program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama staf PPKT Induk secara amnya.

Laporan & Gambar : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)

Gambar