Skip to main content

PPKT USM Terima Sijil ISMS ISO 27001:2022: Langkah Ke Arah Keselamatan Maklumat Bertaraf Dunia

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi PPKT Universiti Sains Malaysia USM telah diberikan pengiktirafan antarabangsa melalui penganugerahan Sijil Perakuan Standard ISMS ISO 27001:2022 pada 7 Jun 2024 oleh SIRIM QAS International. Tempoh sah sijil pengiktirafan ini, adalah sehingga 24 Mei 2027.

Pencapaian ini merupakan satu langkah ke hadapan yang signifikan dalam usaha USM untuk meningkatkan tahap keselamatan maklumat. Sijil ISO 27001:2022 adalah standard piawaian yang terkini dan lebih komprehensif berbanding versi sebelumnya, dan telah dilaksanakan untuk memastikan bahawa perkhidmatan ICT di USM memenuhi standard antarabangsa yang ketat. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat atau ringkasnya ISMS memastikan pelbagai langkah keselamatan dilaksanakan untuk melindungi data pelajar dan staf yang boleh dicapai melalui Sistem Maklumat Universiti Pelajar (SMU-P) dan Sistem Maklumat Universiti Staf (SMU-S).

Dengan memperoleh sijil ini, PPKT, USM telah menunjukkan komitmen terhadap kerahsiaan, integriti, dan ketersediaan data tersebut. Manfaat yang diperoleh termasuk antara lain peningkatan kepercayaan awam, kelebihan daya saing, kepatuhan terhadap peraturan perlindungan data, serta pengurangan risiko kerugian daripada insiden keselamatan siber.

Penghargaan dan pujian kepada semua staf dan pelajar USM yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha memperolehi pengiktirafan ini.

Gambar