Majlis Ingatan K.A.S.I.H Mei & Jun



Tarikh : 19 Julai 2024
Jam : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar Rafflesia, PPKT
Program Majlis Ingatan K.A.S.I.H bagi bulan Mei & Jun telah diadakan pada tarikh seperti ketetapan di atas. Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan majlis bacaan yassin & tahlil yang di ketuai oleh En Saifulzaman, staf dari Bahagian Infostruktur. Seterusnya adalah tayangan montaj hari lahir juga aktiviti memotong kek hari lahir staf bagi bulan Mei & Jun.
Program tamat pada jam 11.00 pagi dengan jamuan makan "potluck" sumbangan dari pejabat, kelab PPKT juga staf-staf PPKT. Diharap program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama staf PPKT Induk secara amnya.
Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)