Skip to main content

Majlis Lambaian KASIH Pn. Norsalwati Md Salleh (Kak Nor)

Tarikh: 20 Mei 2024
Jam: 9.15 pagi
Tempat: Bilik Seminar Rafflesia

Perjalanan kerjaya Puan Norsalwati yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nor selama lebih 32 tahun di jabatan kerajaan bermula dari perkhidmatan beliau di Hospital Besar Pulau Pinang, seterusnya beliau menyambungkan perkhidmatan di USM sehingga ke hari ini.

Majlis dimulai dengan kata-kata aluan pengacara majlis, En. Afzan dan seterusnya ucapan penghargaan oleh Pn. Zaiyana selaku Presiden Kelab PPKT. Majlis diteruskan lagi dengan amanat penghargaan dari Pengarah PPKT yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Korporat & Sokongan ICT) yang juga Pengerusi K.A.S.I.H@PPKT, En. Adnan. Seterusnya adalah tayangan multimedia perjalanan kerjaya Kak Nor di USM dan majlis diteruskan dengan menjemput Kak Nor untuk memberikan sepatah dua kata serta bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di USM.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada Kak Nor dari staf-staf PPKT dan acara potong kek tanda perpisahan. Majlis berakhir dengan jamuan makan pagi.

Kami Ahli Jawatankuasa K.A.S.I.H@PPKT mewakili keseluruhan warga PPKT mengucapkan selamat bersara kepada Kak Nor. Segala jasa Kak Nor sepanjang berkhidmat di PPKT amat kami hargai. Terima kasih Kak Nor!

Laporan & Gambar : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)