Skip to main content

AJK K.A.S.I.H@PPKT tawan Kinabalu

Tarikh : 11-12 Mei 2024
Lokasi : Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah

Pada 11 Mei yang lepas, staf PPKT, En. Noridzwan Baser yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa K.A.S.I.H@PPKT (Ketua Teras Sihat) telah menyertai satu ekspedisi untuk menawan Gunung Kinabalu.

Perjalanan beliau bermula dari Timpohon pada jam 9.30 pagi, dihidangkan dengan cuaca yang amat baik sepanjang perjalanan dan beliau tiba di Panalaban pada jam 5 petang. Seterusnya, perjuangan beliau diteruskan untuk menawan puncak Kinabalu pada jam 2.30 pagi. Laluan sepanjang perjalanan menuju ke puncak adalah sangat baik dengan suhu sekitar 3 darjah selsius di selang-seli dengan kabus tebal. Beliau tiba di puncak sekitar jam 7.30 pagi dan membuat perjalanan turun dan tiba di Panalaban pada jam 10 pagi. Seterusnya, selepas bersarapan pagi, beliau meneruskan perjalanan turun ke Timpohon dan menamatkan pendakian pada jam 5.50 petang.

Semoga perkongsian perjalanan ini dapat memberi inspirasi kepada seluruh warga PPKT untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan mencabar diri untuk terus mencapai apa sahaja impian dalam hidup.

Laporan & Gambar : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)

Gambar