Ziarah K.A.S.I.H@PPKT - Kematian Bapa kepada Staf PPKT - En Shahrizan

Ziarah K.A.S.I.H@PPKT
Isnin, 1 April 2024

Jawatankuasa K.A.S.I.H PPKT dengan kerjasama Kelab PPKT melalui inisiatif Ziarah K.A.S.I.H@PPKT telah mengadakan aktiviti ziarah kematian untuk menzahirkan kepedulian dan sokongan kepada staf yang telah kehilangan ahli keluarga tercinta. Pada kali ini, wakil Jawatankuasa telah menziarah Encik Mohd Shahrizan bin Khalid, staf Seksyen Aset & Sokongan ICT PPKT yang baharu sahaja kehilangan bapa tercinta pada 31 Mac 2024 di Sungai Chenaam, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Dalam program ziarah tersebut yang diwakili oleh Encik Adnan, Encik Noridzwan, Puan Suhaini dan Cik Suryati telah menyampaikan ucapan takziah,  sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada Encik Shahrizan dan keluarganya. Tujuan di sebalik ziarah ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka tidak sendiri dalam menghadapi duka yang mereka alami.

Berita dan Foto : Encik Noridzwan bin Baser

Gambar

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024