Skip to main content

Raikan Ramadan: Aktiviti Penyediaan Bubur Lambuk KASIH PPKT

Tarikh : 27 Mac 2024 (16 Ramadan 1445H)
Hari : Rabu

Jam : 9.30 pagi
Lokasi : Surau An-Nur, Kg. Nelayan, Teluk Kumbar

Raikan Ramadan: Aktiviti Penyediaan Bubur Lambuk di Surau An Nur Kampung Nelayan, Teluk Kumbar

Dalam usaha untuk mempereratkan silaturahim dan memeriahkan suasana Ramadan, Kelab Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah menganjurkan aktiviti penyediaan bubur lambuk di Surau An Nur Kampung Nelayan, Teluk Kumbar. Aktiviti ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada semua staf PPKT. Lebih 200 pek bubur lambuk telah di siapkan.

Tabung Ramadhan juga turut di buat kutipan semasa edaran bubur lambuk. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini.

Semoga aktiviti seperti ini akan diteruskan dan menjadi satu tradisi yang terpelihara di kalangan ahli kelab PPKT. Dengan usaha bersama, kita dapat menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dan berkat bagi semua.

Laporan : Adly Hussaini
Gambar : Suhairy

Gambar