Naik Taraf Switch Rangkaian di CEMACS USM

Tarikh : 4 Mac 2024

Pada 4 Mac 2024, 5 orang staf dari Seksyen Rangkaian PPKT telah melakukan aktiviti naiktaraf switch rangkaian di Centre for Marine and Coastal studies (CEMACS) USM yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang.

Aktiviti naik taraf ini melibatkan penukaran 4 biji switch rangkaian lama yang berada di bangunan CEMACS dengan switch rangkaian yang baru. Aktiviti bermula dengan melakukan konfigurasi switch rangkaian baru di Bangunan D18 PPKT. Setelah selesai melakukan konfigurasi, kami pun bertolak ke Jeti Teluk Bahang pada jam 9.30 pagi dengan membawa 4 biji switch baru dan sampai ke jeti pada jam 10.30 pagi. Di jeti tersebut, kami menaiki bot untuk ke bangunan CEMACS. Bot tersebut telah disewa oleh pihak CEMACS. Aktiviti penukaran dan konfigurasi dilakukan di 4 lokasi berlainan di kawasan CEMACS, dan ianya telah selesai pada jam 12.30 pm. Kami bertolak balik ke jeti menaiki bot dengan membawa bersama 4 biji switch lama.

Penukaran switch ini akan membolehkan pengguna di CEMACS menikmati Internet yang lebih laju memandangkan switch baru mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding switch lama. Memandangkan CEMACS menggunakan switch lama, penukaran switch ini juga akan mengelakkan masalah Internet Downtime disebabkan kerosakan yang mungkin boleh berlaku pada perkakasan lama.

Laporan & Gambar : Team Infostruktur Rangkaian PPKT

Gambar

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024