Skip to main content

Majlis Amanat Pengarah, Pelancaran Program K.A.S.I.H & Media Kreatif PPKT

Tarikh : 29 Februari 2024
Jam : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar Rafflesia, PPKT

En. Ahmad Fadhlul Irham, Pengarah PPKT harini telah menyampaikan amanat beliau pada Majlis Amanat Pengarah PPKT 2024 yang telah diadakan di Bilik Seminar Rafflesia, PPKT Induk. Majlis disertai oleh staf PPKT induk secara bersemuka juga staf PPKT cawangan melalui Webex.

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi, antara intipati amanat beliau adalah berkenaan kebersamaan dalam menjalankan tugas, pencapaian  PPKT sepanjang 2023 juga perancangan PPKT bagi tahun 2024.

Turut diselitkan dalam majlis tersebut adalah Pelancaran Program K.A.S.I.H@PPKT dan Pasukan Media Kreatif PPKT, yang bakal menjadi peneraju Redaksi@PPKT.

Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari dengan jamuan makan di ruang makan PPKT.

Berita: Noridzwan Baser
Gambar & Video : Suhairy & Noridzwan

Gambar