Ziarah K.A.S.I.H@PPKT - Kematian Ibu kepada Staf PPKT - En Khuzaimi
Ziarah K.A.S.I.H@PPKT
Isnin, 26 Februari 2024
Jawatankuasa K.A.S.I.H PPKT dengan kerjasama Kelab PPKT melalui inisiatif Ziarah K.A.S.I.H@PPKT telah mengadakan aktiviti ziarah kematian untuk menzahirkan kepedulian dan sokongan kepada staf yang telah kehilangan ahli keluarga tercinta. Pada kali ini, wakil Jawatankuasa telah menziarah Encik Khuzaimi Bin Jaffar, staf Seksyen Rangkaian PPKT yang baharu sahaja kehilangan ibu tercinta pada 25 Februari 2024 di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dalam program ziarah tersebut yang diwakili oleh Encik Adnan, Encik Muhammad Afzan, Puan Suhaini, Puan Selihan dan Encik Mohd Rodzi telah menyampaikan ucapan takziah, sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada Encik Khuzaimi dan keluarganya. Tujuan di sebalik ziarah ini adalah untuk menunjukkan bahawa mereka tidak sendiri dalam menghadapi duka yang mereka alami.
Melalui kehadiran dan ucapan simpati sepanjang ziarah ini, diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada Encik Khuzaimi dan keluarganya, serta membantu mengurangkan kesedihan yang dirasakan. Inisiatif Ziarah K.A.S.I.H@PPKT ini adalah satu contoh nyata bagaimana kepedulian dan kasih sayang dapat diungkapkan. Kebersamaan dalam aktiviti ziarah ini juga membuktikan komitmen untuk saling menyokong dan mempereratkan ikatan sesama insan. Semoga En Khuzaimi dan keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini dengan sabar dan ikhlas.
Berita : Puan Suhaini Binti Ahmad
Foto : Encik Mohd Rodzi Bin Ab Rahim