Majlis Ingatan KASIH - Januari & Februari

Tarikh : 19 Februari 2024
Jam : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar Rafflesia

Bagi menerapkan hubungan yang baik sesama staf PPKT induk, satu program di bawah teras kelima, iaitu Hubungan telah disusun oleh jawatankuasa K.A.S.I.H PPKT.

Program diberi nama“Majlis Ingatan K.A.S.I.H” yang merupakan satu program dwi-bulanan telah diadakan bagi mengingati staf-staf yang menyambut hari lahir pada bulan Januari & Februari. Program bermula pada jam 10 pagi dengan majlis bacaan yassin & tahlil yang di ketuai oleh En Saifulzaman, staf dari Bahagian Infostruktur. Seterusnya adalah tayangan montaj hari lahir juga aktiviti memotong kek hari lahir staf bagi bulan Januari & Februari.

Program tamat pada jam 11.00 pagi dengan jamuan makan "potluck" sumbangan dari pejabat, kelab PPKT juga staf-staf PPKT.  Diharap program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama staf PPKT Induk secara amnya.

Laporan : Noridzwan Baser (Media Kreatif PPKT)
Gambar & Video : Noridzwan, Adnan, Santi, Mifzal (Pelajar Praktikal)

Gambar

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024