Perunding pembangunan bagi bengkel pembangunan fail pengajaran, USIM

Bahagian Perkhidmatan Digital (BPD), USIMtelah mengadakan Bengkel Pembangunan Fail Pengajaran pada 18 dan 19 Januari 2024 di Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC), USIMyang disertai oleh staf-staf dari Seksyen Teknikal ePembelajaran dan Seksyen Akademik & Pelajar USIM.

pic

Pihak BPD, USIM telah melantik Puan Norzila Binti Manap, Pegawai Teknologi Maklumat dan Puan Sabariah Binti Zakaria, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat selaku staf Seksyen Pembelajaran Digital,Bahagian Pengurusan Digital, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi, Universiti Sains Malaysia sebagai Perunding Pembangunan Projek Fail Pengajaran USIM.

Pihak Seksyen Pembelajaran Digital, USM telah memberikan pencerahan serta perkongsian pengalaman disamping khidmat nasihat kepakaran dalam pembangunan sistem dan aplikasi e-Pembelajaran yang digunakan di USM. Semoga dengan perkongsian dan perundingan yang telah dijalankan ini akan sedikit sebanyak dapat membantu pihak USIM dalam Pembangunan Fail Pengajaran yang dijangka siap pada suku ke-3 tahun 2024.

Teks: Puan Norzila
Gambar : Puan Norzila, Puan Sabariah dan Team USIM

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024