Skip to main content

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT(CSR)

KURSUS ICT PELAJAR SEKOLAH 
TARIKH: 31 MEI – 1 JUN 2023

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai satu initiatif baharu mulai tahun 2023 sebagai aktiviti kebajikan sosial masyarakat setempat bagi perkongsian pengetahuan serta memperkenalkan ICT PPKT Universiti Sains Malaysia kepada komuniti Balik Pulau, Pulau Pinang. Program CSR ini, berlandaskan tumpuan ke-3 Naib Canselor, melestari libat sama komuniti.

Program CSR dilaksanakan selama 2 hari untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia merangkumi 4 kursus ICT iaitu Kursus Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint) dan Kusus Keselamatan Siber. Program CSR PPKT melibatkan jalinan kerjasama dan mewujudkan jalinan komunikasi dua hala peserta program dan PPKT USM.

OBJEKTIF

a. Melestari libatsama komuniti dan staf PPKT. 
b. Menjadikan aktiviti CSR PPKT sebagai aktiviti tahunan mulai 2023. 
c. Menjalinkan kerjasama dan mempromosikan kursus PPKT USM kepada warga Pulau Pinang.