Perutusan Tahunan CIO 2019
11 Januari 2019 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah mengadakan satu majlis Perutusan Tahunan CIO bagi sesi awal tahun 2019. Majlis Perutusan CIO ini telah diadakan di Bilik Seminar MAPITA, Aras 2, Kompleks Eureka. Perutusan CIO kali ini hanya untuk staf PPKT di Kampus Induk sahaja manakala bagi kampus-kampus Kejuruteraan, Kesihatan dan IPPT akan ditetapkan pada tarikh lain.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin oleh staf-staf PPKT Kampus Induk yang dibimbing oleh En. Saifulzaman Bin Sabran. Seramai 106 orang staf telah memenuhi ruang Bilik Seminar MAPITA untuk sama-sama mendengar perutusan dari CIO PPKT pada kali ini. Selesai majlis bacaan Yassin, CIO telah memulakan ucapan dengan mengalu-alukan kehadiran staf dan berterima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk turut meramaikan majlis.
CIO kemudian telah membentangkan pencapaian PPKT bagi tahun 2018 antaranya adalah pembangunan Sistem MyTalent v2 untuk pemilihan Ketua Jabatan, pembangunan Sistem Gaji v2, ICNIS (Industry and Community Network), implementasi Sistem Pengurusan Aset & Inventori Universiti, HCMS v3 (Akademik) dan banyak lagi. CIO kemudian telah menyambung perutusan beliau dengan menyatakan perancangan bagi tahun 2019, diantaranya adalah menyediakan deraf ISP (ICT Strategic Plan) ke-4 untuk tahun 2021-2025 dan ini merupakan hala tuju PPKT bagi pertengahan tahun 2019. Yang kedua adalah penyediaan deraf perancangan dan bajet untuk RMK-12. Seterusnya antara yang menjadi perhatian CIO bagi tahun 2019 ini adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, menggunakan sepenuhnya (utilize) infrastruktur ICT USM, serta meningkatkan usaha penjanaan pendapatan.
Selesai perutusan CIO, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Kelab PPKT kepada Pn. Munirah yang bakal bersara pada 25 Januari 2019 ini. Namun hari Jumaat berkenaan merupakan hari terakhir Pn. Munirah berkhidmat di PPKT kerana bermula dari 14 haribulan hingga ke 25 haribulan Pn. Munirah akan menghabiskan cuti beliau. Semua staf kemudian dijemput untuk menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan secara ‘port luck’ para staf PPKT dan juga mengambil ukuran saiz baju untuk baju korporat PPKT.
Teks & Gambar: Aznizam