Skip to main content

Lawatan PPKT Ke UUMIT

Lawatan PPKT ke UUMIT

15 Julai 2018 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah membuat lawatan penanda aras ke Universiti Utara Malaysia. Rombongan yang disertai seramai lebih kurang 40 orang peserta itu terdiri daripada staf-staf PPKT dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan, Pulau Pinang serta Kampus Kesihatan, Kelantan, yang majoritinya adalah terdi daripada Ketua-ketua Unit dan Ketua Bahagian. Tujuan utama rombongan ini adalah untuk melawat Jabatan Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUMIT). Lawatan ini juga boleh dikatakan sebagai lawatan balas kepada UUMIT yang telah datang melawat PPKT pada 18 Febuari 2016 yang lalu.

Ketibaan rombongan kami telah disambut oleh staf UUM dan dibawa ke “welcome centre” UUM yang diberi nama Anjung Tamu UUM dimana merupakan mini galeri yang menceritakan serba sedikit tentang UUM serta sejarah penubuhan UUM. Kesemua staf kemudian terus dibawa melawat Student Lounge yang mana merupakan salah satu inisiatif oleh UUMIT sebagai satu pusat kemudahan kepada pelajar UUM dimana para pelajar bebas melakukan aktiviti ulangkaji dan istirehat dengan kemudahan capaian wifi berkelajuan tinggi (dipatenkan dengan nama UUMWifi), penghawa dingin, perkhidmatan pencetakan serta turut disediakan kemudahan TV dengan android box. Proses penerangan di Student Lounge ini disampaikan sendiri oleh Pengarah UUMIT iaitu Encik Kamarudin Abdullah.

Sesi taklimat, perbincangan dan bertukar pendapat. Seramai lebih kurang 6 orang Ketua Unit dan Ketua Bahagian dari UUMIT telah memberikan taklimat dengan tajuk masing-masing. Rombongan telah dibawa melawat ke pejabat UUMIT dan melihat sendiri bilik IT Operation Centre (ITOC).

Sesi riadah pertama adalah melihat sendiri salah satu kebanggaan UUM iaitu Pokok Tiga Beradik. Pokok ini merupakan tiga pokok yang terbesar di dalam kawasan hutan di UUM dan dianggarkan berusia lebih ratusan tahun. Seterusnya deligasi lawatan dari PPKT telah dibawa ke litar go-cart UUM sebagai sesi riadah kedua. Kesemua pelawat diberi peluang memandu go-cart yang disediakan. Litar go-cart UUM juga merupakan litar yang diberi pengiktirafan sebagai litar go-cart bertaraf antarabangsa.

Rombongan dari PPKT ke UUMIT diakhiri dengan sesi bergambar berkumpulan di hadapan UUM International Karting Circuit. Rombongan berangkat pulang ke Pulau Pinang pada jam lebih kurang pada jam 6.00 petang. Semoga kita berjumpa lagi!

Teks & Gambar : Aznizam Bukhari