Lawatan Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat UMT

 LAWATAN PPTM UMT foto 3

15 November 2017 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah menerima lawatan dari Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM), Universiti Malaysia Terengganu seramai 7 orang yang terdiri daripada Pengarah PPTM Prof. Madya Dr. Mohd Pouzi Hamzah, Timbalan Pengarah Tn. Hj. Al Muzmi Abd. Hamid serta 5 orang pegawai kanan PPTM.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana PPKT mentadbir dan menguruskan perkhidmatan ICT yang melibatkan 4 kampus termasuk IPPT. Rombongan pelawat telah disambut oleh En. Zulham Hamdan, Pengarah/CIO PPKT di Aras 2, Kompleks Eureka di mana sesi bergambar dan pertukaran cendera hati telah diadakan sebagai tanda kenangan, kemudian diikuti dengan acara taklimat serta sesi perkongsian ilmu dan maklumat oleh pegawai-pegawai kanan PPKT dalam Bhgn Pentadbiran & Sokongan Teknikal, Infostruktur, Sistem Maklumat (Aplikasi) dan Sistem Maklumat Pengurusan (BPI) di Bilik Persidangan PPKT.

Selepas waktu rehat dan makan tengah hari, lawatan ke Pusat Data (Bgn D18) telah diadakan bagi berkongsi pengalaman di dalam mengurus pusat data masing-masing. Seterusnya para delegasi PPTM telah diberi taklimat berkaitan prosedur keselamatan ICT USM oleh Ketua Unit Keselamatan ICT di Bilik Mesyuarat PPKT (Bgn D37). Sesi perkongsian ilmu ini telah memberi banyak manafaat kepada kedua-dua pihak dan jika ada keperluan di masa akan datang, sesi perbincangan seterusnya boleh diadakan melalui sidang video oleh PPKT dan PPTM UMT.

 

 

Teks : Abdul Rashid

Gambar : Ikhwan

 

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024