Skip to main content

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MACHANG, KELANTAN

UiTM 121 November 2014 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Machang, Kelantan Darul Naim. Lawatan itu terdiri daripada 28 pelajar tahun kedua dan ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Office System Management) dengan diketuai oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Puan Mimi Zazira bt. Hj. Hashim. Turut mengiringi rombongan ialah Cik Norrini bt Muhammad, juga Pensyarah dari fakulti tersebut.

Objektif lawatan sambil belajar tersebut ialah untuk mempelajari dengan lebih lanjut berhubung rangkaian, pengurusan rangkaian di Universiti ini, selain pengurusan pusat data Universiti. Untuk itu, taklimat disampaikan oleh Encik Ahmad Fadhlul Irham Yusoff, Ketua Seksyen Infostruktur, PPKT. Turut bersama beliau ialah Encik Mohd Shahanaz Asree, Ketua Seksyen Pusat Data, PPKT. Para pelajar turut dibawa melawat Pusat Data Universiti yang lebih dikenali sebagai ‘ServerFarm’, bertempat di PPKT, Bangunan D18, bagi melihat dengan lebih dekat pusat data tersebut serta memahami dengan lebih mendalam berhubung pengurusan operasi dan infrastruktur pusat data. En. Mohd Shahanaz Asree, Ketua Seksyen Pusat Data, dengan dibantu oleh En. Muhamad Ruzaimi Azizan, telah menyampaikan penerangan mengenai pusat data Universiti.