Skip to main content

LAWATAN AKADEMIK KOLEJ KOMUNITI ARAU, PERLIS

Arau 415 Disember 2014 – Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar dari Kolej Komuniti Arau, Perlis, untuk kali kedua pada tahun ini. Lawatan kali ini terdiri daripada 34 orang pelajar semester ketiga Sijil Sistem Komputer. Lawatan ini diketuai oleh Pensyarah dari Unit Teknologi Komputer dan Sokongan (UTK), Kolej Komuniti Arau, Puan Siti Nur Thazliah Mohd Thazali, dan diiringi bersama Puan Nurul Asmahani Osman dan Encik Mohamad Iffat Farhan Rusman yang juga merupakan tenaga pengajar di Kolej Komuniti Arau.

Matlamat sebenar lawatan akademik ini diadakan bertujuan untuk mendidik selain dapat memperluas ilmu pengetahuan pelajar mengenai MyREN (Malaysian Research & Education Network). Taklimat disampaikan oleh Ketua Seksyen Infostruktur, PPKT, En. Ahmad Fadhlul Irham Yusoff. Penerangan mengenai rangkaian juga turut disampaikan oleh Ketua Unit Rangkaian, Encik Shahrul Ismi Mohd Akhir sebelum para pelajar dan pensyarah pengiring dibawa melawat ke Pusat Data USM atau lebih dikenali dengan ‘ServerFarm’, bertempat di PPKT Bangunan D18 untuk melihat lebih dekat fungsi Pusat Data tersebut serta memahami dengan lebih mendalam berhubung pengurusan operasi dan Infrastruktur Pusat Data. Maklumat mengenai Pusat Data disampikan oleh Ketua Seksyen Pusat Data, En. Mohd Shahanaz Asree, dan dibantu oleh En. Muhamad Ruzaimi Azizan.

Teks: Siti Syarina Abdul Manap / Foto: Muhammad Khairul Ikhwan Ahmad Ali