Skip to main content

Lawatan Kerja UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)

Lawatan UTeM 15Okt15

15 Oktober 2015 - Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) menerima kunjungan lawatan kerja dari UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi UTeM, En. Samsul bin Samdin. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan sistem telefon secara menyeluruh yang diguna pakai oleh USM. Pn. Siti Sarah Md Yatim, Ketua Perkhidmatan Telekomunikasi PPKT, telah menyampaikan taklimat mengenai perkhidmatan telefon dan perkhidmatan telesidang disamping memberikan perkongsian idea dan maklumat kepada para pelawat.

Disamping itu juga, para pelawat turut dibawa ke bilik PABX untuk melihat perkhidmatan telefon yang dikendalikan oleh PPKT USM. Pengakhiran lawatan, En. Mohamad Fauzi, Ketua Unit Komunikasi Bersepadu telah membawa pelawat ke IPPT, Bertam untuk melihat sistem telefon yang dikendalikan di sana. Cenderamata penghargaan telah disampaikan oleh Tn. Hj Fadzil Saidin selaku Timbalan Pengarah Bahagian Infostrukur kepada setiap pelawat yang hadir.

 

Teks & Foto: Siti Syarina