Ceramah Motivasi 1: Kualiti Diri vs Kualiti Organisasi

 Motivasi1 13Okt2015 

13hb Oktober 2015 : Bertempat di Bilik Seminar PPKT, Aras 2, Kompleks Eureka, telah diadakan satu siri ceramah motivasi kepada hamir 60 orang staf PPKT dari Kampus Induk dan IPPT. Ceramah Motivasi Siri 1 ini yang bertajuk “Kualiti Diri vs Kualiti Organisasi”, anjuran Unit Pembangunan Insan PPKT, telah disampaikan oleh Tuan Abd Ghani Yusof, Master Trainer, Konsultan Jana Insan, Sg. Petani, Kedah. Ianya bertujuan untuk memupuk budaya kerja cemerlang dikalangan staf disamping mengenali kekuatan individu, mengukuhkan silaturrahim antara staf, menjaga persekitaran pejabat yang harmoni dan kondusif. Beliau juga telah dibantu oleh En. Omar, seorang lagi pengajar yang berpengalaman luas di dalam dunia pendidikan, konsultasi dan motivasi.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang sehari ceramah dan gerak kerja individu dan berkumpulan. Ini termasuk setiap kumpulan mencipta nama pasukan, slogan, pesanan kepada ahli-ahli pasukan di luar kumpulan, tag line dan ikrar pasukan masing-masing. Semoga siri ceramah seperti ini dapat juga dilaksanakan kepada PTJ lain di dalam USM atau mana-mana pihak yang berhasrat memajukan kualiti diri staf dan organisasi mereka.

Teks: Abdul Rashid
Gambar: Arif/Fairuz

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024