Skip to main content

PPB: Latihan ICT Untuk Nusuara Technologies Sdn. Bhd.

Latihan ICT Nusuara 2Okt15

29hb Sept – 2hb Oktober 2015 : Bertempat di Makmal 3, PPKT, telah diadakan satu latihan ICT khas kepada 11 orang tenaga pengajar daripada syarikat Nusuara Technologies Sdn Bhd, Petaling Jaya. Latihan ini adalah di atas permintaan syarikat tersebut di mana mereka merupakan salah satu Pusat Latihan Komputer (PLK) di bawah Program Pendidikan Berterusan.

Terdapat 7 subjek yang disenaraikan dan dipadatkan di dalam tempoh 3 ½ hari. Pihak Nusuara telah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PPKT kerana menjayakan program ini dan berharap kursus seperti ini dapat diteruskan kepada semua PLK di masa akan datang.

  Modul/Subjek Pengajar Tarikh
1.         MICROSOFT EXCEL 2013 (TAHAP 2) Ruzaimi 29 Sep
2.         PENGENALAN SISTEM PENGOPERASIAN (WINDOWS 8) Khusaini 29 Sep
3.         ADOBE PHOTOSHOP (TAHAP 1) Zuhdi 30 Sep
4.         ADOBE PHOTOSHOP (TAHAP 2) Zuhdi 30 Sep
5.         MICROSOFT WORD 2013 (TAHAP 2) Noor Aini 1 Okt
6.         MICROSOFT WORD 2013 (TAHAP 3) Noor Aini 1 Okt
7.         MICROSOFT POWERPOINT 2013 (TAHAP 2) Zuhdi 2 Okt (pagi)

Teks: Che Zuriat

Gambar: Arif