Gerai PPKT @ Yayasan USM International Food Fair 2015

Gerai PPKT YayasanUSM Food Fair

12 – 13 September 2015 – Yayasan USM telah mengadakan International Food Fair 2015 (YUIFF) dibawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) selama 2 hari, 12 – 13 September 2015 di Padang Kawad USM. YUIFF yang julung kalinya diadakan ini bertemakan Multicutural Flavours@USM bertujuan mengumpul dana bagi membantu para pelajar USM yang kurang berkemampuan semasa tempoh pengajian mereka. Makanan yang dijual di YUIFF ini dibahagikan kepada 4 kawasan (region) iaitu makanan dari negara-negara China/Korea/Jepun, Asia Tenggara/Nusantara, India/Pakistan/Timur Tengah dan Western Food. PPKT bersama 17 PTJ lain telah ditempatkan di kawasan Asia Tenggara/Nusantara di bawah penganjuran Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat. Gerai PPKT telah menyajikan makan “Roti Bakaq Teloq Meleleh, Pak Tongko @ Chakoi dan Jagung Manis”.

Selain daripada jualan makanan selama 2 hari, YUIFF ini juga telah menyediakan beberapa acara seperti persembahan tarian pelajar-pelajar Saitama University, Jepun dan pertandingan karaoke antara desasiswa pada sebelah malam hari pertama. Pada hari kedua, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan acara kemuncak Jamuan Makan Malam telah diadakan bersama para penaja, pihak industri dan orang perseorangan yang telah menyumbang kepada tabung Yayasan USM. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Naib Canselor USM dan telah diserikan dengan persembahan tarian daripada para pelajar Saitama University serta nyanyian daripada Dewan Budaya USM. Berdasarkan kepada kejayaan acara YUIFF ini, ianya akan diteruskan ke tahun-tahun akan datang.

 

Teks: Abdul Rashid

Gambar: Md Badro

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024