Ceramah Ma’al Hijrah (1437H) & TCIO Talk
29 Oktober 2015 – Bilik Seminar PPKT, Aras 2, Kompleks Eureka – Telah diadakan ceramah sempena menyambut Ma’al Hijrah 1437H oleh Ustaz Mohd Razin Bin Rosely, Pembantu Hal Ehwal Islam, Pusat Islam, Kampus Induk. Ceramah tersebut yang bertajuk “Hijrah Mukmin Profesional”, adalah anjuran Kelab PPKT Kampus Induk, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli-ahli Kelab PPKT. Beliau telah memperingatkan betapa pentingnya tali silaturahim diperkukuhkan di kalangan staf supaya tidak berlaku perasaan iri hati, hasad dengki, dendam dan sebagainya, iaitu perkara-perkara yang tidak baik dan patut dijauhi menurut saranan Islam. Para staf juga mestilah mempamerkan sikap yang positif dalam menghadapi tugasan atau kerja yang telah ditetapkan dan sentiasa berazam memperbaiki prestasi sendiri sesuai dengan tuntutan agama Islam.
Sesi TCIO Talk pada kali ini telah disampaikan oleh Pn. Fa’izah Md Zain, Timbalan Pengarah (Bhgn Sistem Maklumat) dan ianya diadakan selepas ceramah Ma’al Hijrah. Tajuk perkongsian ilmu yang disampaikan adalah “How To Be Noticed At Work”. Beliau telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh staf supaya setiap individu melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk menjadi pekerja dan rakan sekerja yang terbaik. Kejayaan mereka juga bergantung kepada penampilan diri (self presentation) masing-masing.
Teks/foto: Abdul Rashid