Skip to main content

MANTAP 2015 : Hari 3 (25 Oktober 2015)

 

MANTAP hari 3

25 Oktober 2015 – MANTAP 2015 PPKT, hari ketiga, bertempat di Bilik Seminar PPKT, Aras 2, Kompleks Eureka, menyaksikan sesi pembentangan hasil perbincangan di dalam makmal oleh 5 pasukan yang telah diadakan pada hari yang kedua. Sesi pembentangan adalah seperti berikut:

  1. Implementasi ISMS (En. Abdul Rashid Baba)
  2. Next Hospital System (En. Wan Mohd Faizal Wan Azman)
  3. Perkhidmatan Berpusat Infostruktur (En. Nareeman Shah Che Muhamad)
  4. Pengurusan Aplikasi (En. Azrul Abdul Latif)
  5. Perkhidmatan Sokongan Teknikal (En. Azahari Omar)
  6. ISP 2016-2020 (En. Fadzil Saidin)

Pembentangan daripada 5 pasukan makmal meliputi SWOT Analysis (Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) terhadap isu-isu yang telah dibincangkan, serta perancangan inisiatif, jangka masa dan outcome yang dijangka akan dihasilkan bagi tahun 2016. Di akhir sesi pembentangan, rumusan telah disampaikan oleh En. Zulham Hamdan, selaku CIO/Pengarah PPKT. Pada prinsipnya beliau bersetuju dengan cadangan-cadangan inisiatif yang telah dikemukakan dan harus dilaksanakan. Beliau juga menyarankan, MANTAP PPKT 2016 akan diadakan di Kelantan pula. Tidak lupa juga barisan Seketeriat MANTAP 2015 PPKT turut diperkenalkan kepada para peserta dengan mendapat tepukan gemuruh kerana hasil usaha mereka melaksana dan memastikan aktiviti MANTAP 2015 berjalan lancar. KIPIDAAPPP!!!

 

 

Teks/foto: Abdul Rashid