MANTAP 2015 : Hari 2 (24 Oktober 2015)

mantap2

24 Oktober 2015 – Pada hari kedua Makmal MANTAP 2015 PPKT, selepas minum pagi, sesi bergambar telah diadakan di hadapan Kompleks Eureka. Kemudiannya, para peserta telah dipecahkan kepada 5 pasukan atau kumpulan (ketua) bagi membincangkan projek-projek utama atau cadangan pelaksanaan penambahbaikan perkhidmatan bagi tahun 2016 seperti berikut:

  1. Next Hospital System (En. Zulham Hamdan)
  2. Perkhidmatan Berpusat Infostruktur (En. Hamdan Ismail)
  3. Pengurusan Aplikasi (Pn. Fa’izah Md Zain)
  4. Perkhidmatan Sokongan Teknikal (En. Abdul Rashid Baba)
  5. ISP 2016-2020 (En. Fadzil Saidin)

Para peserta telah membincangkan isu-isu yang berkaitan di dalam pasukan masing-masing untuk memperolehi SWOT analysis serta inisiatif, tempoh masa pelaksanaan dan outcome yang dijangkakan. Pada sebelah malamnya pula, bertempat di foyer Kompleks Eureka, satu majlis makan malam diadakan. Tetamu jemputan, Y.Bhg. Prof. Dato’ Omar Osman, Naib Canselor turut hadir bagi memeriahkan majlis. Dalam ucap utama, beliau telah menegaskan akan persediaan PPKT sebagai pusat perkhidmatan, bagi memikirkan dan melaksanakan cara terbaik pihak universiti melahirkan graduan dan menyokong usaha universiti melahirkan para pensyarah ke tahap global. PPKT juga disarankan, melahirkan bakat (talent), yang dapat membekalkan perkhidmatan atau menghasilkan produk ICT ke peringkat global dan sentiasa bergerak ke arah kecemerlangan. Ianya suatu cabaran kepada PPKT untuk difikirkan dan dilaksanakan. Pihak universiti sentiasa menyokong dan membantu bagi merealisasikannya. Seterusnya, Y.Bhg Dato’ Naib Canselor telah sudi menyampaikan hadiah kepada 3 kumpulan pemenang di dalam acara ice breaking yang melibatkan penciptaan logo, motto, tag line kumpulan serta membina menara PPKT yang telah diadakan pada petang Hari 1, MANTAP 2015.

 

 

Teks: Abdul Rashid

Foto: Ikhwan/Arif

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024