Skip to main content

MANTAP 2015 : Hari 1 (23 Oktober 2015)

MANTAP 2015 DUP B

23 Oktober 2015 – Makmal MANTAP 2015 PPKT, di hari pertama pada kali ini, telah berlangsung, di Dewan Utama Pelajar ‘B’, Kampus Induk, Pulau Pinang. Makmal selama 3 hari ini bermula 23hb dan akan berakhir pada 25 Oktober 2015. Dengan tema “Kebersamaan Dalam Menanggani Isu” bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara staf PPKT ketiga-tiga Kampus serta IPPT, Bertam. Selaras dengan penggabungan staf skim ‘F’ (Teknologi Maklumat) di keseluruhan kampus, makmal ini juga mendedahkan seramai hampir 130 peserta kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PPKT Kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan serta IPPT.

Pada hari pertama, sebelah petang, Jumaat, 23hb Oktober, para peserta memulakan acara dengan senaman ringan kelolaan staf PPKT Kampus Kesihatan. Diikuti dengan sesi berkenal mesra para peserta melalui permainan “Berkenalan Dalam Bulatan 60 Saat”. Para peserta dikumpulkan ke dalam 4 kumpulan dan kemudiannya dipecahkan ke dalam 2 kumpulan besar berasingan dengan masing-masing mempunyai satu lagi kumpulan di dalamnya dan bergerak mengikut dan melawan arah pusingan jam. Acara seterusnya para peserta dipecahkan kepada 10 kumpulan bagi pertandingan mencipta logo kumpulan, moto dan tag line kumpulan masing-masing dan membina menara PPKT menggunakan ‘straw’ untuk dipertandingkan. Sebelah malamnya pula, 4 sesi pembentangan oleh Ketua-ketua Seksyen Infostruktur, Sistem Maklumat, Pentadbiran dan Sokongan Teknikal serta Sistem Hospital diadakan di Bilik Seminar PPKT, Aras2, Kompleks Eureka.

 

 

Teks: Abdul Rashid

Foto: Ikhwan