Misi Pasca Banjir : Bantuan Komputer Oleh PPKT

CSR Gua Musang

3 - 5 November 2015 - Satu program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) Misi Pasca Banjir Bantuan Komputer Meja kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh (SKPT), Gua Musang, Kelantan telah dilaksanakan. Program ini adalah kerjasama daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni yang diketuai oleh En. Zulkifli Bin Che Hussin dan PPKT. SKPT ini mempunyai 90 orang pelajar dari tahun satu sehingga tahun enam. Bilangan tenaga pendidik adalah seramai 16 orang sahaja. Sekolah ini juga mempunyai asrama untuk pelajar-pelajar yang rumah mereka terletak didalam kawasan pendalaman. Sesi persekolahan hanya sesi pagi sahaja. Lalauan masuk ke sekolah ini terletak dikawasan yang agak pendalaman dan melalui jalan dilereng-lereng bukit dan terletak lebih kurang 50 km dari bandar Gua Musang.

Program USR Misi Pasca Banjir Bantuan Komputer ini bertujuan untuk menyerahkan, memasang dan menguji 20 unit komputer meja (desktop computer) ke Makmal Komputer sekolah tersebut. Selain itu, pihak PPKT turut memberikan 2 buah alatan rangkaian “switches” kepada sekolah berkenaan. Seramai 6 orang staf daripada PPKT telah mengikuti program ini dengan berbekalkan semangat “I AM PPKT”. Ucapan perhargaan dan terima kasih daripada pihak sekolah di atas sumbangan komputer dan “switches” kepada USM (PPKT) kerana ia amat bernilai bagi pihak sekolah untuk kegunaan para pelajar meneruskan sesi pembelajaran komputer yang terganggu akibat banjir pada akhir tahun lalu.

 

 

Teks/foto:  Md Badro

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024