Mesyuarat Intipati ISP 3 @ PPKT

Mesyuarat Intipati ISP3

15 Disember 2015 – Bertempat di Bilik Persidangan PPKT, Aras 2, Kompleks Eureka, telah diadakan satu mesyuarat/makmal membincangkan intipati Pelan Strategik ICT (ISP) ke-3 untuk USM bagi tahun 2016-2020. Mesyuarat serta makmal ini telah membincangkan dapatan hasil makmal ‘brainstorming’ ISP 3 yang telah diadakan sebelum ini. Ia bertujuan memperkukuhkan intipati deraf 5 teras pelan strategik sedia ada serta menggariskan objektif-objektif yang terkandung di dalam 5 pelan strategik tersebut, iaitu:

  1. Transformasi Pengurusan Bakat Dan Sumber ICT
  2. Pengukuhan Prasarana (State-Of-The Art) ICT
  3. Transformasi Budaya Kerja Berpandukan ICT
  4. Menyokong Kecemerlangan Akademik
  5. Urus Tadbir Yang Berkesan

Seramai 20 orang yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah Kampus-kampus Induk, Kejuruteraan dan Kesihatan, ketua-ketua seksyen dan unit telah hadir di dalam sesi seharian ini. Pada sebelah petangnya, sesi percambahan fikiran oleh 3 kumpulan telah diadakan. Hasil daripada mesyuarat/makmal ini akan digunakan bagi memantapkan lagi deraf pelan strategik ISP ke-3 USM sebelum satu lagi sesi makmal bersama para pemegang taruh (stakeholders) yang dijangka akan diadakan di dalam bulan Januari 2016 akan datang.

 

Teks: Abdul Rashid

Foto: Suhairy

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024