Taklimat Polisi Akses & Bekerja Di Dalam Pusat Data @ PPKT
6 Januari 2016 – Satu sesi taklimat berkaitan Polisi Akses dan Bekerja Di Dalam Pusat Data, Kampus Induk, Pulau Pinang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPKT, Bgn D37 pada hari Rabu, 6 Januari 2016. Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 26 peserta yang terdiri daripada para Juruteknik Komputer, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, serta Pegawai Teknologi Maklumat yang terlibat di dalam sebarang tugas di Pusat Data. Taklimat telah disampaikan oleh Mohd Shahanaz Asree, Ketua Unit Pusat Data PPKT. Ianya selaras dengan keperluan MS ISO 27001: 2013 Information Security Management System (ISMS) yang telah mula pelaksanaannya mulai Januari 2016.
Di antara perkara penting yang telah disampaikan adalah berkaitan:
- Keperluan merekod butiran staf yang masuk/keluar Pusat Data serta tujuan berbuat demikian
- Merekod butiran pembekal/kontraktor yang bekerja di dalam Pusat Data ; merekod log masuk/keluar dan tujuan
- Merekod butiran pelawat atau pekerja pembersihan (cleaner) di dalam Pusat Data
- Patuh kepada SOP Peraturan masuk/keluar dan bekerja di dalam Pusat Data
- Tindakan semasa berlaku kecemasan, seperti jika berlaku kebakaran
- Keperluan ruang ‘staging’ untuk pemasangan alatan/perkakasan sebelum di bawa masuk ke dalam Pusat Data
- Memastikan Pusat Data sentiasa dalam keadaan selamat dan tidak dicerobohi
- Bahaya gas CO2 yang digunakan oleh sistem pencegah kebakaran sedia ada
Sesi ini telah memberi pendedahan kepada staf-staf yang terlibat terhadap keperluan peraturan pengurusan Pusat Data dan pematuhan terhadap ISMS bagi memastikan aset-aset ICT, data dan maklumat di Pusat Data sentiasa terpelihara dan tidak terdedah dengan sebarang ancaman, sama ada secara luaran, mahu pun secara dalaman.
Teks & foto: Abdul Rashid