Makmal Hala Tuju Bahagian Pentadbiran & Sokongan Teknikal

Bengkel Halatuju PST

13 Januari 2016 – Satu sesi makmal Hala Tuju Bahagian Pentadbiran & Sokongan Teknikal (P&ST), PPKT bertempat di Bilik Seminar, Aras 2, Kompleks Eureka telah diadakan. Ianya merupakan lanjutan daripada 3 sesi makmal yang telah diadakan oleh ketiga-tiga unit di bawah P&ST yang dibuat secara berasingan pada bulan Disember 2015 lalu. Tujuan utama makmal ini adalah bagi memantapkan hasil cadangan daripada makmal-makmal tersebut dalam melaksanakan projek-projek dan inisiatif unit-unit berkenaan. Ianya akan memperincikan staf-staf yang akan terlibat dalam menjayakan projek/inisiatif yang akan dilakukan dalam tahun 2016.

Seramai hampir 42 peserta telah menghadiri sesi ini yang terdiri daripada staf PPKT, Unit Pentadbiran & Aset (UPA), Unit Pembangunan Insan (UPI) dan Unit Sokongan Teknikal (UST). Majlis telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada En. Abdul Rashid Baba, selaku Timbalan Pengarah PPKT (P&ST) dan seterusnya kata-kata aluan dan perasmian oleh Pengarah PPKT. Majlis diteruskan dengan taklimat motivasi dan tazkirah serta perjalanan makmal oleh Pn. Jamilah Razak, Ketua Seksyen P&ST daripada PPKT IPPT, Bertam. Pn. Azura Muhamad Marican (PPKT IPPT Bertam), selaku fasilitator meneruskan sesi dengan memperkenalkan konsep dan asas penggunaan Sistem Balanced Scorecard (BSC) di dalam pemantauan dan penilaian indeks prestasi staf. Di sebelah petang, sesi ‘Energizer’ bagi mencergaskan minda peserta dan menilai rakan sejawat melalui “Penilaian 360o”. Sesi pembentangan hasil cadangan oleh ketiga-tiga unit diadakan. Rumusan makmal telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah (P&ST).

 

Teks : Abdul Rashid

Foto: Suhairy/Arif

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024