Mesyuarat Projek Menaiktaraf Genset Pusat Data PPKT
29 Januari 2016 – Satu sesi perbincangan melibatkan PPKT, Jabatan Pembangunan dan kontraktor pembekal janakuasa (genset) telah diadakan di Bilik Mesyuarat D37, PPKT. Perbincangan berkaitan menaiktaraf pembekal kuasa elektrik sandaran (backup) berkeupayaan 300kVA berbanding dengan yang sedia ada yang berkeupayaan 150kVA. Dikesempatan ini juga pihak PPKT telah merancang menaiktaraf bekalan kuasa elektrik di bilik telekomunikasi telefon PABX yang dijangka dilakukan pada 31hb Januari 2016.
Kerja-kerja menyiapkan bekalan kuasa elektrik sandaran melalui genset ini dijangka akan selesai pada Ahad, 7hb Februari 2016. Adalah dijangkakan akan berlaku gangguan kuasa elektrik di Pusat Data, D37, bermula pada sebelah pagi hingga tengah hari Sabtu, 6hb Februari dan Ahad, 7hb Februari pada sebelah petang hingga malam. Hebahan mengenai gangguan ini akan dilakukan melalui hebahan emel kepada semua warga USM.
Teks & foto: Abdul Rashid