Lawatan ASWARA @PPKT

ASWARA

2 Februari 2016 – Satu sesi lawatan seramai 4 orang yang diketuai oleh En. Ku Aznal Shahri Bin Ku Abd Hamid, Pengarah (Teknologi Maklumat), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah diadakan di Bilik Persidangan, Aras 2, PPKT, Kompleks Eureka. Tujuan lawatan ini adalah bagi mengetahui lebih mendalam sistem e-Learn@USM. ASWARA kini sedang meneliti beberapa sistem LMS (Learning Management System) yang terdapat di beberapa buah universiti awam untuk dikaji dan dicadang untuk digunakan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di akademi tersebut yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Turut hadir di dalam sesi lawatan ini adalah En. Zulham Hamdan (Pengarah PPKT), Prof. Hanafi Atan (CDAE), En. Abdul Rashid Baba (Timb. Pengarah PPKT) dan Pn. Norzila Manap (PPKT). Pengenalan berkaitan e-Leaning@USM telah disampaikan oleh Prof. Hanafi dan diikuti dengan penerangan lanjut berkaitan sejarah pembangunan dan pencapaian e-learning di ketiga-tiga kampus USM menggunakan platform Moodle oleh Pn. Norzila. Sesi perbincangan telah diadakan dengan penerangan lebih lanjut berkaitan e-learning yang menggunakan pelbagai platform di universiti awam. Walaupun sistem Moodle telah dipelopori oleh USM pada peringkat awalnya, namun teknologi sentiasa berubah dan beberapa universiti awam telah mula mengorak langkah menggunakan Moodle yang dipertingkatkan atau sistem yang dibangunkan sendiri untuk e-learning di tempat masing-masing.

 

Teks & foto: Abdul Rashid

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024