Perutusan CIO/Pengarah PPKT 2016
15 Februari 2016 – Perutusan Tahunan CIO/Pengarah PPKT 2016 telah diadakan di Bilik MAPITA@PPKT, Aras 2, Kompleks Eureka dan dihadiri oleh seramai 85 staf PPKT dari Kampus Induk, Pulau Pinang serta telah diikuti secara sidang video oleh staf-staf PPKT yang berada di IPPT Bertam, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan. Fokus perutusan pada kali ini merangkumi 3 bahagian iaitu:
- Dasar Penjimatan USM
- Pencapaian PPKT Tahun 2015
- Perancangan PPKT Tahun 2016
Makluman terhadap pengurangan Bajet Belanja Mengurus PPKT sebanyak 30% dan Belanja Operasi pada kadar 38%. Langkah-langkah penjimatan yang perlu dilakukan juga telah diberi penekanan untuk sepanjang tahun 2016. Manakala beberapa pencapaian PPKT tahun 2015 telah dibentangkan, walaupun ianya tidak begitu ketara di peringkat USM, tetapi ianya sungguh bermakna kepada PPKT dalam memperluaskan perkhidmatan ICT ke seluruh USM dalam bidang telekomunikasi, peningkatan storan data dan pelayan komputer, pertambahan pembangunan sistem aplikasi baru, pengautomasian kerja pentadbiran bagi menambah kecekapan dan keberkesanannya.
{youtube}E_mNaZ6sF38{/youtube}
Perancangan 2016 PPKT telah menggariskan 3 aspek utama iaitu:
- Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
- Menaik taraf Infrastruktur ICT USM
- Bekerjasama Dengan PTJ & Menjana Pendapatan
Teks : Abdul Rashid
Foto: Suhairy